Sudah lama saya berhenti menulis. Sibuk dengan kelas. Hari ni saya nak berkongsi cerita. Semalam saya ke Kelang untuk bertemu seorang sahabat yang berkursus di sana. Sahabat saya ni berkursus ditaja makan minum dan tempat tinggal oleh sebuah syarikat. Oleh kerana waktu tengahari, saya dan sahabat terasa lapar dan mencari kedai makan. Sekitar kawasan itu tiada kedai makan melayu, kecuali kedai cina dan india sahaja. Kami cuba mencari sekitar 4- 5km dari kawasan tersebut ( nak pergi jauh, takut sesat, lagipun sahabat saya dah nak start kursus petang tu) tak jumpa satu pun kedai melayu melainkan kedai cina dan india sahaja. Lalu kami tak jadilah makan tengahari disitu.
Yang menyedihkan ada orang melayu yang makan dikedai cina yang tidak diketahui kehalalan nya. Pada saat itu terdetik di hati saya bahawa, adalah suatu fardu kifayah bagi orang Islam membuka kedai makan dikawasan itu. Inilah peluang untuk orang melayu nak berniaga sambil memenuhi fardu kifayah.
Sunday, August 19, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)
