Saturday, March 23, 2013

Perjalanan ini....

Hari ini genap 41 tahun hari lahir ku, hari ini juga genap 13 tahun aku kehilangan bapa tercinta. Selawat dan salam kepada Rasulullah S.A.W. Alfatihah buat arwah ayah. Ku masih ingat pesananmu wahai ayah, sewaktu itu aku berumur lebih kurang 8 tahun, ku bonceng basikal tua mu. Walaupun kita dipisahkan lantaran kemiskinan, namun semangatmu sentiasa membakarku untuk terus maju. kau ingin melihat aku berjaya. kau tahu kehidupanku tanpa mu amat perit tapi itulah hakikat yang terpaksa ku lalui hingga kejayaan ku kecapi sekarang. Walaupun ku tak sempat berjasa padamu, doaku sentiasa mengiringimu. Semoga kau ditempatkan bersama orang yang soleh, walaupun dirimu selalu dihina, aku takkan biarkan keturunan mu dihina lagi wahai ayah dan mama.Semoga kita berjumap di akhirat nanti.

Thursday, October 13, 2011

Geran... Oh ... Geram..

Proposal dah diterima, apa nak buat.... Opsss.... sebelum aku lupa.... sebelum siap proposal, aku dan supervisor PM Dr Adibah bertungkus lumus siapkan proposal untuk mohon Geran FRGS. Besarlah harapan kami untuk dapat dana ini. Alhamdulillah aku mempunyai supervisor yang kuat semangat. Beberapa hari kami bersekang mata menyiapkannya and last sekali ... bila dah last due date... sampai malam kami discuss and writing. Akhirnya berjaya juga kami hantar pada tarikh yang diminta. Tunggu je lah nasib kami.

Beberapa bulan kemudian.. akhirnya keputusan dikeluarkan. Kami tidak tersenarai ... sedihnya... sepanjang perkhidmatanku inilah kali pertama aku minta geran... tak dapat pulak... mungkin ada hikmahnya tuh....terimalah seadanya...

Friday, October 7, 2011

Kali pertama ku melangkah...

Sudah lama tak menulis kat blog ni... nasib baik boleh buka lagi....

Alhamdulillah dah masuk sepuluh bulan aku bergelar status pelajar. Impian yang dah lama ku impikan. Aku pun tak tahu mengapa aku ni nak sambung belajar, tapi perasaan nak belajar tuh melonjak-lonjak dalam diriku. Mungkin dah tension dengan kerja.

18 Dis 2010 tarikh aku daftar sebagai pelajar PhD. Berdebar rasanya. Alhamdulillah aku dapat seorang supervisor yang banyak membimbingku. Bulan April Alhamdulillah aku berjaya defence proposal. Lulus. Sebelum tuh bertungkus lumus siapkan proposal. Sampai malam balik. Inilah permulaan perjalanan PhD ku.

Thursday, September 3, 2009

Petua hindari H1N1

Sekadar berkongsi email yang dihantar oleh sahabat untuk hindari H1N1.... Sejauh mana kebenarannya kenalah cuba sendiri....

1. Gabungan habatus sauda dan bawang putih. Kedua-dua bahan ini merupakan anti-viral dan antibiotik alami. Gabungan HS dan BP akan memberikan kesan penyerapan ke sistem imun kiga 10 kali ganda jika diambil berasingan.
2. Minyak kelapa dara (virgin coconut oil – VCO) ialah anti-viral yang sangat menakjubkan. Ia boleh diberi kepada bayi yang berusia 4 bulan ke atas. Sukatannya orang dewasa 3 sudu makan sehari. Untuk bayi bolehlah diberi 1/2 sudu teh 3 kali sehari.
3. Herba jintan putih jika dibuat teh minuman, digunakan sejak beribu tahun untuk menyembuh selsema dan demam. Mungkin juga boleh digunakan untuk menangani H1N1.
4. Buah epal hijau 6 biji sehari serta buah-buahan lain yang kaya vitamin C dan antioksiden seperti jambu batu, oren, roselle dan sebagainya. Epal mempunyai kesan alkali membunuh virus, sifat sedatif, membantu pemulihan luka, menghalang sembelit (banyak fiber), sumber tenaga dari gula yang mudah serap, pektin dalam fiber terlarut membantu dalam mengurangkan LDL dalam kolesterol, bersifat isotonik membantu hidrasi dan bersifat laksatrif.
5. Air kelapa muda yang kaya dengan nutrien minerals merupakan minuman isotonik alami dan juga bersifat antiviral. Buah tamar mempunyai kesan tonik, mudah dihadam dan memberi tenaga dan menyah toksid. Penawar gabungan dua bahan ini diamalkan di Thailand dengan jayanya. Buah tamar direndam dalam air kelapa muda selama 1 hingga 2 jam sebelum diminum dan dimakan.

Laksa Tradisional Kelantan

Baru-baru ni my aunti nak makan laksa. Di suruhnya ku masak. Ni lah kali pertama dalam hidupku buat kuah laksa... hmmm sedap juga... mudah je rupanya... ingat kan susah... Takut lupa nanti, ku semadikanlah resepi ni kat sini...

Bahan2:
1 kilo Laksa
Ikan Selayang 7 ekor
Bawang merah 6 ulas
Bawang putih 2 ulas
Halia 1 inci
Lada sulah
Santan pekat 1 cawan
asam keping
garam
gula
Ulam

Cara membuatnya
Rebus ikan bersama asam keping dan sedikit garam. Kisar isi ikan. Bawang dan halia dikisar halus. Campurkan ikan, santan, asam keping dan bahan kisar kedalam periuk. Masak hingga pekat, masukkan sedikit gula, garam dan lada sulah secukup rasa. Tutup api, masukkan bawang goreng. Hmmm dah siap.... Kalau tak habis bekukan dalam freezer. Minggu depan beli laksa je.....

Friday, May 29, 2009

Salah nombor....


Suatu petang tengah pening buat soalan exam, diriku terima satu mesej: "awak tak pergi ke". Hishh... sapo pulak antar mesej ni, sebab nombor tiada dalam list. Tak pe lah balas je " pergi mana?"Malas pulak nak tanya siasat siapalah yang hantar mesej. Mesej berjawab" pergi KL la". Ohh.... ni mungkin kawan suamiku, sebab suamiku biasa juga guna telefonku untuk contact rakan-rakannya. Lagi pun dia baru balik dari KL. Tak pe lah... tolong jawab untuk suamiku, " Gi" ringkas je sebab malas nak tulis. Tot...tot... aik ada mesej lagi. "Dengan sapa?". Ishh... pelik pulak soalan ni. Ngapa pulak tanya pergi dengan siapa. Nak ikut ke? Atau siapa yang nak dicari..... Siapa lah gerangan yang antar mesej ni.... lelaki ke perempuan.... manalah tahu peminat suamiku ke..... siapa tahu.... Hmmmm.... baiklah.... just nak menguji...... aku pun jawab "Hmm.... pegi dengan makwe lah....." saje nak tengok gelagat..... rupanya kepelikan berlaku... penghantar mesej pun rasa pelik dan baru perasan mungkin dia tersilap nombor..... Ha..ha... rupanya memang betul dia tersilap nombor..... hatiku rasa lega .... sebab bukanlah peminat suamiku.....
Rupa-rupanya penghantar mesej ni namanya Man, pelajar UTM nak cari rakannya, tapi entah camna tertekan nombor ku.... hmmm.... tu lah ye..... kalau dapat nombor yang tiada dalam list, lain kali tanya lah dulu siapakah gerangan orang disana.
Kesian kat Si Man ni.... bukan niatku nak main-mainkannya tapi just nak tengok gelagat je... Maafkan diri ini ye......

Thursday, May 28, 2009

Sibuknya sem ni.....

Hmm ... sudah lama tak menulis.... Almaklum sibuk dengan exam final... Eehh... macam le diriku yang masuk exam.... masa dah berlalu.....
Habis marking , ingatkan bolehlah bercuti.... tapi sibuk pulak nak hantar paper kat Konvesyen , kena buat soalan final.... beginilah kerja pensyarah..... kadang-kadang orang kat luar tanya, ooo.... universiti dah cuti... pensyarah...pun cuti....la.... susah nak jawab..... inilah kehidupan namanya....... Apa pulak yang merepek ni..... ok...la tak idea..... beku...