Pada 15 April 2009 aku menyertai rombongan lawatan ke Johor. Tujuan kami ke sana ialah untuk melawat kilang ecofuture packaging, iaitu kilang yang membekal produk ecopak yang kami gunakan di UiTM Terengganu. Ide lawatan ini sebenarnya dicadangkan semasa perjumpaan dengan pengusaha-pengusaha makanan.
Kami bertolak dari Dungun pukul 9.30 pagi dalam hujan yang lebat. Dalam perjalanan sempat berhenti membeli keropok sebagai ole-ole kawan-kawan di Johor. Kami tiba di UiTM Johor 3.30 petang. Tak kami sangka dua motor peronda pegawai keselamatan di sana telah menuggu dan mengiringi kami ke Ledang Inn, rumah tamu. Seronok juga ye... macam orang besar pulak... maklumlah pertama kali diiringi..... sambutan rakan-rakan di UiTM Johor amat istimewa buat kami. Selesai perjumpaan kami, sebelah petang kami diperkenalkan pula kepada Jakel.... hmmm... apa lagi shopping sakan lah.....
Pada 16 April 2009, rombongan kami mula lawatan ke kilang ecofuture yang letaknya juga di Segamat.... tapi rupa-rupanya... kawan-kawan kami kat Segamat pun tak tahu kewujudan kilang ni... Kami pun jemput mereka join sekali to share knowledge. Selain itu pengurus besar koperasi pun ikut sama, memeriahkan lagi suasana. Banyak juga perkara yang dipelajari... dapatlah dia orang bawa balik bermacam-macam jenis ecopak.
Sebelah petang pulak kami melawat UiTM Johor. Kami telah dibawa melawat beberapa buah tempat, kagum kami melihatnya...... amat menarik rekaan dan ide. Yang menarik perhatian kami ialah bilik rehat pensyarah yang boleh dikatakan first class yang direka hasil pandangan dan idea pensyarahnya sendiri. Banyak amalan terbaik yang boleh diikuti oleh kampus-kampus lain.
Secara keseluruhannya banyak perkara yang kami pelajari sepanjang kami di sana. Inilah yang dikatakan "Jauh Perjalanan Luas Pandangan".
Sekian untuk kali ini.

No comments:
Post a Comment