Tiada seorangpun makhluk diatas dunia ini wujud tanpa ibu. Orang yang pertama kita kenali didunia ini ialah ibu. Ibu memainkan peranan penting dalam keluarga, masyarakat dan negara. Ibu adalah pengasuh, pembimbing dan pendidik. Berjaya atau gagalnya seorang anak terletak pada asuhan, bimbingan dan didikan ibunya. Pengorbanan seorang ibu sangat tinggi. Beliau umpama lilin. Sanggup mengorbankan dirinya demi anak-anak. Kenangilah pengorbanan ibu. Taatilah ia. Jagalah ia seperti mana ia menjaga kita. Renungkan beberapa perkataan di bawah yang menunjukkan betapa ibu sangat dihargai; Mengapa disebut
1) ibu negeri bukan bapa negeri
2) ibu kota bukan bapa kota
3) ibu pejabat bukan bapa pejabat
4) ibu roti bukan bapa roti dll
Ini adalah kerana 'IBU ADALAH SEGALANYA'. Sayangilah ibu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment