Tuesday, July 3, 2007

Kelas Lembab

Di awal persekolahan saya dahulu iaitu darjah satu, rekod matematik saya bertanda merah menunjukkan gagal. Oleh itu sewaktu pelajaran matematik, beberapa orang pelajar yang gagal telah diasingkan dan dimasukkan ke kelas pemulihan yang dipanggil “kelas lembab”. Saya adalah salah seorang daripada mereka. Dalam kelas ini cikgu matematik telah memberi perhatian khusus dengan memberi tunjukajar dan latihan secukupnya. Setiap kali tiba waktu matematik kami ditukar ke 'kelas lembab'. Setiap kali ke ‘kelas lembab’, aduhai....malu kepada kawan-kawan yang lain. Mulai saat itu saya berazam untuk tidak menyertai ‘kelas lembab’ lagi. Selepas sebulan belajar di ‘kelas lembab’, dengan berkat kesungguhan guru dan usaha saya untuk tidak berada dalam kelas lembab lagi,markah matematik saya sudah berwarna biru. Jadi bulan ke dua saya sudah tidak menyertai ‘kelas lembab lagi’. Bersambung......

No comments: