Sunday, July 8, 2007

Indahnya nombor

Sedang saya berehat selepas penat membeli-belah di sebuah shopping complex, saya teringat perbualan saya dengan anak saya yang berumur 10 tahun. Sewaktu cuti sekolah baru-baru ini dia berpeluang mengerjakan umrah bersama-sama neneknya dan anak saya yang berumur tujuh tahun. Oleh kerana anak saya lelaki maka sewaktu solat di masjid Mekah dia tidak bersama neneknya, malah pergi sendiri solat dengan "explore" sekitar masjid. Lalu saya bertanya pada anak saya, dia tak pernah sesat ke dalam masjid sebesar itu, sebab katanya dia suka naik sehingga ke tingkat atas. Anak saya kata kat sana banyak pintu tapi setiap pintu ada nombornya, jadi tak sukar untuknya mencari jalan pulang. Jadi sistem nombor yang digunakan amat berkesan. Saya melihat sekitar shopping complex yang agak besar itu. Tiada satu pintu pun ditulis nombor.

Pernahkah kita tersesat dalam shopping complex di Malaysia? Banyak pusat membelibelah yang besar-besar di Malaysia, dan rasanya kita biasa sesat dan kehilangan arah terutama nak cari tempat parking kereta. Biasanya tempat parking kereta ada ditulis nombor contohnya B2, M11. Saya selalu catit bila parking takut lupa, namun begitu apabila kita berjalan-jalan didalam pusat membeli belah yang "MEGA" ni, rupa-rupanya ada dua , tiga bangunan. Ini bermakna ada beberapa tempat parking yang berlainan. Jika kita tak ingat pintu mana kita masuk maka kita akan pening kepala mencari tempat parking. Cuba kita perhatikan setiap pintu yang kita masuk/ keluar, ada tak nombor pintu atau sekurang-kurangnya abjad? Biasanya kita jadikan kedai yang berhampiran pintu itu sebagai pedoman kita. Selagi tak jumpa kedai pedoman itu, maka kita tak akan jumpa pintu kita masuk tadi. Betapa kuatnya daya ingatan yang kita perlukan.

Selain daripada shopping kompleks kita juga mungkin pernah tersesat di hospital-hospital besar, pejabat-pejabat kerajaan dan juga lapangan terbang antarabangsa. Saya pernah tersesat di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Naik turun lif, ke kanan- ke kiri dan pernah juga turun lif ke tempat yang paling menyeramkan, maklumlah hospital....eee.. seram... lepas sejam baru jumpa kereta. Ini adalah kerana tiadanya sistem pernomboran yang tertera pada setiap pintu masuk.

Adalah baik jika sistem pernomboran di gunakan sebagai panduan pengguna di pusat membeli belah, parking kereta, hospital, masjid dan mana-mana tempat yang sesuai di Malaysia. Jika sistem pernomboran digunakan, kita tak perlu sesat lagi, senang mencari lokasi jika kita membuat temujanji, menjimatkan masa dan yang paling penting mengurangkan stress. Lihatlah betapa indahnya Matematik..... menjadi kehidupan lebih teratur.

No comments: